Pusat Pemulihan Akhlak Machang,Kelantan telah mengadakan Program Jalinan Kasih sempena Hari Ibu pada 21.05.2013 di padang kawad penghuni. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang PKP Rosdi bin Ahmad. Seramai 10 orang penghuni telah menyertai program ini. Majlis dimeriahkan dengan acara bacaan Al-Quran, hafazan dan memotong kek. Program ini telah mencapai objektifnya iaitu merapatkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang antara keluarga serta mewujudkan kerjasama yang baik antara keluarga penghuni dan pihak Jabatan Penjara Malaysia dalam pemulihan.
""