Pada 20 Mei 2013 Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Perlis telah mengadakan Program Khidmat Komuniti dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Rumah Sejahtera Batu Bertangkup (Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia-NGO). Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong kebersihan, sesi penerangan fungsi dan peranan Pejabat Parol Negeri Perlis khususnya dan Jabatan Penjara Malaysia amnya. Program ini diadakan juga bertujuan untuk mendedahkan masyarakat setempat mengenai Parol, Pusat Kehadiran Wajib dan Rumah Perantaraan Negeri Perlis. Program ini juga diharap dapat memberi pendedahan dan pengajaran kepada ODP dan Pesalah PKW agar dapat mendekatkan diri kepada masyarakat disamping dapat mengurangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka.
""