Penjara Miri, Sarawak telah menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Zon Sarawak yang telah diadakan pada 13-14 Mei 2013 bertempat di Hotel Dynasty, Miri. Konvensyen kali ini telah disertai oleh enam (6) buah kumpulan yang terdiri daripada institusi-institusi Penjara di Negeri Sarawak. Antara panel-panel penilai yang telah dijemput bagi mengadili konvenseyen tersebut adalah daripada MAMPU Cawangan Sarawak, INTAN Wilayah Sarawak, serta MPC Sarawak.
Majlis perasmian penutupan telah diadakan pada 14 Mei 2013 jam 8.00 malam di Hotel Dynasty yang telah disempurnakan oleh Y.S KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan). Antara dif-dif jemputan yang turut sama dalam majlis pada malam tersebut adalah TKPj Abd Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Encik Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail, Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran dan Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak. Johan konvensyen telah diungguli oleh Kumpulan Berlian (Penjara Sri Aman), Naib johan dimenangi oleh Kumpulan Matahari (Penjara Miri) manakala tempat ke tiga telah dimenangi oleh Kumpulan Exora 3 (Penjara Limbang).
""