| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Dan Terima Tugas Komandan Maktab Penjara Malaysia

15 Mei 2013 - Majlis Serah dan Terima Tugas Komandan Maktab Penjara Malaysia diantara PKK Ku Nawawi Bin Ku Hamid dengan TKPj Ibrisam Bin Abdul Rahman telah diadakan. Majlis diserikan dengan kehadiran KPj Hj. Abdul Wahab Bin Hj. Kassim , Pengarah Penjara Kajang sebagai saksi bagi upacara serah terima tugas ini.


Majlis yang penuh bersejarah ini telah dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Suku oleh PKK Ku Nawawi Bin Ku Hamid diikuti Majlis Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa kepada TKPj Ibrisam b. Abdul Rahman. PKK Ku Nawawi Bin Ku Hamid  telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi semasa beliau bertugas di Maktab Penjara Malaysia.


Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas diakhiri dengan Pemeriksaan Kawalan Suku dan ucapan daripada TKPj Ibrisam b. Abdul Rahman ,  selaku Komandan Baru Maktab Penjara Malaysia.

 

""