| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Tawau

15 Mei 2013, bertempat di Dewan Wawasan Penjara Tawau telah berlangsung Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Tawau antara PKP Sazali bin Ismail dan PKP Jamil Razif bin Kassim. Majlis turut diserikan dengan kehadiran PKK Suria bin Hj Idris, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu yang hadir selaku saksi terhadap upacara tersebut.
Majlis dimulakan dengan ketibaan PKP Jamil Razif bin Kassim dan menerima kawalan hormat dari kawalan suku. Seterusnya ketibaan saksi upacara iaitu PKK Suria bin Hj Idris dan disusuli oleh ketibaan Pengarah Penjara Tawau, PKP Sazali bin Ismail disusuli upacara menandatangani dokumen serah menyerah tugas dan penyerahan tongkat kuasa. Majlis diakhiri dengan demonstrasi dari Unit K9 Penjara Tawau.

 

""