Pada 10 Mei 2013, Jumaat. Penjara Taiping telah diaudit oleh En. Muhamad Adha Bin Abd. Hamid dari Ibu Pejabat MPC Wilayah Utara. Dalam lawatan beliau ke semua zon yang terlibat, beliau amat berpuas hati dengan persembahan dan juga pematuhan kriteria-kriteria serta pengekalan amalan yang ditetapkan dalam Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Beliau juga memuji beberapa usaha penambahbaikan yang telah dilakukan. Pada akhir taklimat penggulungan audit, En. Muhamad Adha Bin Abd. Hamid mengucapkan tahniah dan mengumumkan bahawa Penjara Taiping telah "Layak Untuk Persijilan" dan sekaligus mendapat Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S bagi kali ke 3.
""