Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Penor di antara PKP Abu Hasan bin Hussain dan PKK Ahmad Saidi bin Hamzah telah diadakan pada 15 Mei 2013 dan disaksikan oleh TKPj Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Bentong. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi disertai 35 pegawai kanan, 110 anggota pelbagai pangkat, 23 kakitangan awam dan 36 anggota Kadet Koreksional Sekolah Menengah Indera Shahbandar, Pekan. Majlis dimulakan pada pukul 8.45 pagi dengan ketibaan, PKK Ahmad Saidi Bin Hamzah menerima tabik hormat daripada kawalan suku diikuti oleh TKPj Abdul Aziz bin Abdul Razak dan PKP Abu Hasan bin Hussain dan seterusnya menyaksikan majlis menandatangani dokumen serah dan terima tugas di antara PKP Abu Hasan Bin Hussain dan PKK Ahmad Saidi Bin Hamzah. Dalam ucapannya, selaku Pengarah baru Penjara Penor berharap agar beliau mendapat sokongan daripada seluruh warga Penjara Penor dalam membantu Jabatan Penjara Malaysia memantapkan fungsinya sebagai organisasi koreksional yang berwibawa dan menzahirkan pada masyarakat di luar bahawa pegawai dan kakitangannya sentiasa bersatu hati dalam melancarkan momentum transformasi kerajaan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Md. Najib bin Md. Taib.
""