Pada 14 Mei 2013, Penjara Pusat Sibu telah menerima lawatan daripada peserta kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Badan Berkanun (PIOB) Jabatan Ketua Menteri Sarawak yang dihadiri seramai 43 orang. Dalam program yang telah dijalankan, pihak pengurusan Penjara Pusat Sibu telah memberi taklimat khas berkaitan dengan Jabatan Penjara Malaysia kepada peserta kursus yang disampaikan oleh TPP Triyo Kurniawan Bin Kusmadi agar peserta dalam mengenali, mengetahui dan memahami peranan Jabatan Penjara Malaysia sebenar dikaca mata masyarakat luar. Selain daripada itu juga, peserta kursus telah dibawa melawat tempat Program Pemulihan Insan (PPI) di Zon Harapan untuk mengetahui lebih lanjut segala program dan proses pemulihan yang dijalankan terhadap banduan yang ditahan didalam penjara.
""