Pada 28 Mei 2013 bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Melaka telah berlangsungnya Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Sekolah Henry Gurney Melaka di antara PKK Jamil Razif bin Kassim dan PP Arzaee bin Abdullah. Majlis ini telah dihadiri oleh TKPj Haji Norhafifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang Melaka selaku saksi majlis tersebut. Turut hadir menyerikan lagi majlis ini ialah pengarah-pengarah institusi Negeri Melaka.
""