| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-Anak Sakit Kronik Daripada Persiap Malaysia Di Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yang menghidapi penyakit kronik daripada PERSIAP Malaysia telah diadakan di Dewan Alamanda, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan pada 26 Februari 2013. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datin Sri Hajah Noraini Binti Haji Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia. Seramai 10 orang anak-anak sakit kronik dari Pusat Pemulihan Akhlak Machang dan Penjara Pengkalan Chepa telah menerima sumbangan di majlis tersebut. Melalui sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga anak-anak sakit kronik ini. Ia juga merupakan salah satu usaha PERSIAP Malaysia dalam menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan yang memerlukan.


Dalam majlis itu juga Y.Bhg. Datin Sri Hajah Noraini Binti Haji Man telah sudi untuk menyempurnakan acara penanaman pokok sempena Program Menyemarakkan Gelombang Kesukarelaan Kempen Penanaman Sejuta Pokok, Kementerian Dalam Negeri.


Selepas solat asar, telah diadakan juga majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat di Surau Al-Huda, PPA Machang.

""