| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bersama Masyarakat

27 Februari 2013, Jabatan Mufti Negeri Johor dengan kerjasama Penjara Simpang Rengam telah menganjurkan Program Bersama Masyarakat.   Majlis telah dihadiri oleh YB Sohibus Dato' Hj Mohamad Tahrir bin Dato? Kiyai Shamsudin Mufti Negeri Johor, YB Sohibus Samahah Tuan Hj Yahya bin Ahmad Timbalan Mufti Negeri Johor, YB Tuan Hj Onn, Ahli DUN Layang-layang, Datuk Zainal Abidin bin Othman Pengerusi YADIM.


TKPj Ab Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Simpang Rengam telah menyampaikan ucapan aluan  diikuti dengan amanat oleh Mufti Negeri Johor.  Pada majlis tersebut juga YB Mufti Negeri Johor turut menyampaikan bantuan kepada penerima-penerima sumbangan yang terdiri  daripada kalangan anak-anak OKU kakitangan penjara dan masyarakat setempat sekitar Simpang Rengam, Johor.


Majlis turut diserikan dengan persembahan Qasidah dari pelajar  Sekolah Prince Elizabeth, Johor Bahru.  YB Mufti Negeri Johor dan TKPj Ab Basir bin Mohamad turut menanam pokok bagi menyahut seruan KDN bagi Program Penanaman Sejuta Pokok.


Pengukuran Arah Kiblat ke atas 15 lokasi kediaman dan blok penempatan penghuni juga dibuat oleh Jabatan  Mufti Negeri Johor.  Dalam usaha menjalinkan kerjasama yang lebih erat pada sebelah petang turut diadakan Perlawanan Persahabatan Badminton di antara Kelab Badminton Penjara Simpang Rengam dan Kelab Jabatan Mufti Negeri Johor.

""