25.02.2013 Pusat Pemulihan Gemas, Negeri Sembilan menerima program lawatan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Rombongan diketuai oleh YBhg Dato? Mohd Nasir Bin Noryakin selaku Pengarah Kanan Bahagian Perdagangan Dalam Negeri turut disertai oleh TKPj Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia serta beberapa agensi swasta terdiri daripada Tesco, Giant, 99 Speedmart, Aeon Jusco dan Restoran Ayam Penyet. Tujuan lawatan adalah untuk membuka ruang perbincangan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada Orang Diselia (ODS). Para peserta rombongan telah diberikan taklimat operasi dan seterusnya mengadakan sesi dialog bersama dengan Orang Diselia (ODS) di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Gemas.
""