| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan YDP Persiap Malaysia Y.Bhg Datin Sri Hjh Noraini Bt Hj Man Ke Persiap Marang Dan Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-Anak Dan Ahli-Ahli Persiap Pengidap Penyakit Kronik

Marang 27 Februari 2013; YDP PERSIAP Malaysia Y.Bhg Datin Sri Hjh Noraini binti Man dan rombongan telah membuat lawatan ke PERSIAP Penjara Marang pada 27 dan 28 Februari 2013. Rombongan telah menziarah ahli PERSIAP Penjara Marang dengan menyampaikan sumbangan kepada bekas dan ahli PERSIAP Penjara Marang iaitu Pn Esah binti A. Majik di Besut yang menderita akibat lumpuh juga kepada Puan Rozimah yang mengidap penyakit kanser di Kampung Binjai dan Puan Sanura binti Mamat yang mengidap penyakit kanser di Bukit Kor. Pada majlis makan malam yang diadakan di Rumah Rehat, YDP PERSIAP Malaysia Datin Sri Hjh Noraini binti Man telah beramah mesra dengan ahli PERSIAP Marang serta menyampaikan sumbangan kepada anak seorang ahli PERSIAP yang menghidap penyakit kanser dan seorang kakitangan Pejabat Parol Daerah Kemaman yang terlibat dengan banjir. ""