Aktiviti Konvoi Bermotorsikal Dari Kompleks Penjara Puncak Borneo Kuching Ke Pos Kawalan Imigresen, Tebedu
Sabtu, 2 Mac 2013, Seramai 70 pegawai dan anggota daripada Ibu Penjara Penjara Negeri Sarawak, Penjara Puncak Borneo Kuching dan Pejabat Parol dan Khidmat Komuniti Negeri Sarawak yang diketuai oleh PKK Abd Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah mengikuti aktiviti Konvoi Bermotorsikal dari Kompleks Penjara Puncak Borneo Kuching ke Pos Kawalan Imigresen, Tebedu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat berpasukan diantara pegawai dan anggota serta secara tidak langsung program ini dapat menjalinkan hubungan rapat dengan agensi kerajaan yang lain. Di akhir program tersebut, telah diadakan satu majlis ringkas Sambutan Hari Jadi Bagi Bulan Mac 2013 kepada pegawai dan anggota yang menyambutnya. ""