Pada 27 Feb. 2013 bertempat di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem Mahkota Kluang Johor telah berlangsung majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2013 peringkat Orang Di Selia (ODS). Majlis tersebut telah dihadiri oleh TKPj Abd Aziz b. Mohamad, Pengarah Bah. Parol dan Perkhidmatan Komuniti IPPM. Turut hadir pada majlis tersebut adalah PKK Mat Rashid b. Jahlil, Pengarah Penjara Kluang Johor, PP Abd Muian b Abu Bakar Pengarah Bah. Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor, Major Mohd. Norli b. Ismail Ketua Pembantu Wader PPP Kem Mahkota Kluang, ketua ketua jabatan dan badan NGO.
Selain daripada sambutan tahun baru cina, majlis tersebut juga diadakan untuk meraikan ODS yang beragama Hindu dan Kristian. Beberapa juadah istimewa mengikut bangsa telah disediakan pada majlis tersebut yang disediakan secara gotong royong melibatkan ODS dan anggota bertugas. selain dari meraikan ods yang berbangsa cina, objektif utama diadakan majlis tersebut adalah untuk memberi pendedahan konsep gotong royong yang diamalkan di negara ini dan budaya menghormati agama lain. ""