Bahagian Pembangunan Profesionalisme telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Jurulatih Kadet Koreksional, Jabatan Penjara Malaysia. Bengkel ini bertujuan bagi memantapkan Kurikulum Kadet Koreksional yang dirangka untuk menyediakan anggota Kadet Koreksional yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam aspek kepimpinan, pembentukan sahsiah diri, disiplin dan integriti. Bengkel ini telah dijalankan di Institut Koreksional Malaysia Melaka selama 3 hari bermula 26 - 28 Mac 2013. Seramai 126 orang Pengawai Penyelaras dan Jurulatih Kadet Koreksional Jabatan Penjara Malaysia telah pun menghadiri dan menamatkan bengkel ini dengan jayanya.
""