Pada 12 Mac 2013 (Selasa) Program Gelombang Kesukarelawanan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri Kempen Menanam Sejuta Pokok peringkat institusi Penjara Seberang Perai telah diadakan di perkarangan Kompleks Pejara Seberang Perai. Program bermula jam 9.00 pagi dan disempurnakan oleh Pengarah Penjara Seberang Perai PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat dan turut disertai oleh 50 orang kakitangan. Sebanyak 130 pokok yang telah ditanam, antaranya Jejarum,Pucuk Merah, Bunga Loceng dan Puding.
""