11 Mac 2013. Mesyuarat Penyelarasan Lembaga Hakim Pelawat PPA dan Penjara Negeri Johor telah diadakan bertempat di Penjara Simpang Rengam, Johor. Seramai 40 Ahli Lembaga Hakim Pelawat yang baru dilantik bagi tahun 2013/2014 telah hadir. Mesyuarat dipengerusikan oleh TKPj Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Simpang Rengam manakala taklimat tugas dan tanggungjawab hakim pelawat telah disampaikan oleh PP Azman bin Mohd Ali. YBhg. Datuk Dr. Haji Haris bin Haji Salleh telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat bagi penjara Negeri Johor.
""