8 Mac 2012, Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Rengam telah menerima lawatan rasmi daripada Y.Bhg Dato' Alwi bin Hj Ibrahim, TKSU (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri. Hadir bersama dalam lawatan ini ialah Y.Bhg KJP Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara, KPj Jamaludin bin Saad Pengarah Pengurusan Banduan serta pegawai-pegawai kanan KDN.
Taklimat ringkas Pengurusan telah disampaikan oleh Pengarah Penjara TKPj Ab. Basir bin Mohamad sebelum rombongan dibawa melihat dengan lebih dekat aktiviti-aktiviti pemulihan yang diberikan kepada tahanan.
Pada sebelah petang Program Menyemarakkan Gelombang Kesukarelawan Kempen Penanaman Sejuta Pokok, KDN telah diadakan. Y.Bhg Dato' Alwi bin Hj Ibrahim, Y.Bhg Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar, KPj Jamaludin bin Saad dan Ahli Parlimen Simpang Renggam YB Liang Teck Meng telah menanam pokok bagi menyemarakkan kempen tersebut. Turut hadir semasa program tersebut ialah Sukarelawan KDN dari AADK, Rela dan JPAM.
""