22 Mac 2013 - Program Gelombang Kesukarelawan Skuad Muda KDN, Jabatan Penjara Malaysia, Program Penanaman 1juta Pokok, Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Perkarangan Penjara Wanita Kota Kinabalu yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Sri Abdul Rahim Bin Mohamed Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Y.Bhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.Bhg. Dato' Hassan Bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Y.Bhg. Dato' Mohmed Asri Bin Yusof, Setiausaha Bhg. Khidmat Pengurusan Aset KDN, Pengarah - Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah - Pengarah Institusi Penjara Negeri Sabah, Pegawai - pegawai Kanan KDN dan pegawai - pegawai di bawah agensi KDN Negeri Sabah juga hadir ke program tersebut.
Program ini juga turut dihadiri 50 peserta terdiri daripada Skuad Muda daripada Jabatan Penjara Malaysia. Program dimulakan dengan majlis pelancaran oleh Y.Bhg. Dato' Sri Abdul Rahim Bin Mohamed Radzi seterusnya dengan penanaman pokok.
""