22 Mac 2013 - Y.Bhg. Dato' Sri Abdul Rahim Bin Mohamed Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah hadir ke Kompleks Penjara Kota Kinabalu untuk perjumpaan dan majlis dialog bersama kakitangan penjara dan penjawat awam. Majlis ini juga turut dihadiri Y.Bhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.Bhg. Dato' Hassan Bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Y.Bhg. Dato' Mohmed Asri Bin Yusof, Setiausaha Bhg. Khidmat Pengurusan Aset KDN, Pn. Habsah Binti Mat Sidek, Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Anti Dadah dan Pertahanan Awam KDN, Pengarah ? Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah - Pengarah Institusi Penjara Negeri Sabah, Pegawai - pegawai Kanan KDN dan pegawai - pegawai di bawah agensi KDN Negeri Sabah.
Majlis dimulakan dengan Dialog Bersama Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Sabah yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Penjara Negeri Sabah dan majlis seterusnya diikuti Dialog Bersama Kakitangan Institusi Penjara Negeri Sabah di Dewan Mini, Penjara Pusat Kota Kinabalu.
""