Rabu 20/03/2013 - Penjara Limbang telah mengadakan Majlis Ihtifal Kesenian Islam Peringkat Penghuni Penjara Zon Sarawak Jabatan Penjara Malaysia 2013 yang disertai oleh 22 orang penghuni dari institusi penjara di Sarawak. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh PKK Abdul Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah institusi dari seluruh Sarawak. Johan bagi kategori Tilawah Al-Quran ialah peserta dari Penjara Pusat Sri Aman. Untuk kategori Hafazan Tahap 1 dan 2 dimenangi oleh peserta dari Penjara Puncak Borneo manakala kategori Marhaban dimenangi oleh Penjara Pusat Miri. Penjara Limbang telah mengungguli kategori Nasyid dan johan keseluruhan ialah Penjara Pusat Miri.
""