| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Tenis Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2013

Penjara Penor telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi mengelolakan Kejohanan Tenis Jabatan Penjara Malaysia bagi Tahun 2013. Sebanyak 15 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kategori yang dipertandingkan iaitu Perseorangan Lelaki, Bergu Lelaki Terbuka, Bergu Lelaki Veteran, Perseorangan Lelaki Terbuka.  Kejohanan yang berlangsung di Gelanggang Tenis Taman Gelora Kuantan Pahang telah dilakukan perasmian pembukaan oleh PKP Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor pada 08 Mac 2013. Johan bagi acara berpasukan telah dimenangi oleh Pasukan Selangor A (Penjara Kajang) manakala Johan perseorangan terbuka dimenangi oleh WP Norhazidi Nordin daripada Penjara Reman Pulau Pinang. Johan bagi ketegori bergu terbuka pula telah dimenangi oleh pasangan daripada Selangor A iaitu KIP Sharul dan Azizan mengalahkan pasangan bergu dari Perak B (Penjara Tapah). Johan bergu Veteran dimenangi oleh pasangan daripada Melaka yang diwakili oleh KIP Johari dan Sjn Nordin.Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh TKPj Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Bentong pada 10 Mac 2013. Turut hadir pada majlis tersebut adalah PKP S.Gunasegaran A/L Shammugam, PKP Hamzani Bin Che Ibrahim, PKP Husin B Hj Johari  dan PP Tey Hock Soon.

 

""