Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu Negeri Sembilan telah dipilih menjadi Pusat Seni Kreativiti Penghuni Jabatan Penjara Malaysia. Yang Setia KPj Wan Abdul Rahman b Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) telah menyempurnakan majlis perasmiannya pada 21 Mac 2013.Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ketua - ketua Institusi Zon Tengah dan Selatan, Ketua-ketua Jabatan Daerah Jelebu dan beberapa syarikat penerbitan.
Pada majlis tersebut Yang Setia KPj Wan Abdul Rahman b Abdullah juga telah melancarkan Edisi Khas Buletin Insaf dan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Seni Kreativiti Penghuni 2012 yang telah dimenangi oleh IPD Jelebu sebagai juara keseluruhan. Penubuhan Pusat Seni Kreativiti penghuni ini turut mendapat perhatian daripada YB Dato Sri Utama Dr Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang turut memberi sumbangan sebanyak RM 30,000.00 sebagai tanda sokongan kepada program ini.
""