| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyampaian Slip SPM 2012 SHG Melaka

25 Mac 2013 - Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Melaka, seramai 75 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Melaka  diraikan pada Majlis Penyampaian Slip Peperiksaan SPM 2012.


Pencapaian peperiksaan SPM pada tahun 2012 adalah pencapaian yang terbaik bagi Sekolah Henry Gurney sejak ditubuhkan , SHG Melaka telah mencapai Gred Purata Sekolah iaitu 3.92 mata meningkat 2.3 mata dari tahun sebelumnya mengatasi Gred Purata Sekolah Negeri Melaka iaitu 5.04 mata. Ini meletakkan SHG Melaka antara 10 sekolah harian terbaik di Negeri Melaka. Dalam pencapaian matapelajaran berlaku peningkatan dimana matapelajaran Bahasa Inggeris telah meningkat  sebanyak 40 % dan matapelajaran paling cemerlang adalah Matematik,Sains dan Tasawuur Islam iaitu 100 % lulus. Manakala dalam pencapaian individu pula seorang pelajar mendapat 8A, tiga orang mendapat 7A  dan 6 orang pelajar mendapat  6A dan 5A dan purata semua pelajar yang lainnya mempunyai sekurang-kurangnya 1A dimana target 10 orang pelajar mendapat 6A tercapai.


Pengarah SHG Melaka PKP Jamil Razif bin Kassim telah menyampaikan slip peperiksaan tersebut dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Semoga kejayaan pelajar ini akan memberi pemangkin semangat dan motivasi kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM tahun 2013.

 

""