Penjara Sungai Udang, Melaka telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Petanque MAKSAK Malaysia 2013 anjuran MAKSAK Malaysia dan dikelolakan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia pada 30 Mei 2013 hingga 02 Jun 2013 di Arena Petanque Hang Jebat Melaka. Pada 30 Mei 2013 (Khamis) telah diadakan taklimat dan mesyuarat ketua kontinjen dan pengurus pasukan bertempat di Institut Koreksional Malaysia Tanjung Kling, Melaka. Majlis Perasmian Pembukaan diadakan pada 31 Mei 2013 (Jumaat) yang disempurnakan oleh YB. Datuk Hj.Ab.Rahaman bin Hj.Ab.Karim, Exco kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri Melaka. Kejohanan Petanque ini telah disertai oleh 15 pasukan dan 4 acara dipertandingkan terdiri daripada acara Berpasukan Lelaki diungguli oleh pasukan MAKSAK Pahang , Berpasukan Wanita oleh pasukan Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia. Acara Veteran Wanita dimenangi oleh pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia dan Veteran Lelaki diungguli oleh pasukan Majlis Sukan Penjara Malaysia .
Pada 02 Jun 2013 (Ahad) Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia merangkap Naib Yang DiPertua I Majlis Sukan Penjara Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut Yang Berusaha Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Exco Majlis Sukan Penjara Malaysia, dan Pengarah-pengarah Penjara Zon selatan serta Parol Johor dan Melaka.
""