Pada 24 Mei dan 25 Mei 2013, PPD Kota Tinggi telah diberi kepercayaan oleh pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) untuk mengelola aktiviti sukaneka pada karnival tersebut. kakitangan dan ODP PPD Kota Tinggi telah mengurus dan mengelola aktiviti sukaneka tersebut. Program tersebut telah dihadiri masyarakat dikawasan tersebut, pekerja-pekerja ladang berhampiran dan pegawai-pegawai KEJORA serta orang awam. ODP bersama kakitangan bertindak sebagai AJK juga telah mengambil bahagian dibeberapa acara sukan rakyat dan menjadi naib johan dalam pertandingan sepakraga bulatan. Kepercayaan yang diberikan kepada PPD Kota Tinggidan penglibatan ODP diharap dapat meningkatkan jati diri ODP.
""