7 Jun 2013, Penjara Pusat Kota Kinabalu sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Program Jalinan Kasih Pesta Kaamatan Peringkat Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2013. Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Francis T.N Yap, Setiausaha Kehormat Yayasan Pencegahan Malaysia (MCPF) Cawangan Sabah. Majlis turut dihadiri oleh PP Maidin Hj.Din, Pengarah Parol Negeri Sabah PP Bismillah bin Abang Masra, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia, Prison Fellowship , Lembaga hakim Pelawat dan para wartawan. Sambutan dimulakan dengan iringan muzik bangsa murut iaitu ? Sambut Tetamu atau Tagonggak? yang dimainkan oleh penghuni semasa menyambut ketibaan tetamu. Seramai 17 Penghuni telah berpeluang menyertai program ini. Para tetamu juga disajikan dengan masakan tradisi kaum Sabah seperti Tuhau, Hinava, dan Lesun disamping itu persembahan lagu-lagu tempatan rakyat Sabah yang dinyanyikan oleh penghuni.
""