Pada 11 Jun 2013 (Selasa), telah berlangsung Progam Jalinan Kasih Gawai Dayak Zon Sarawak 2013 bertempat di Penjara Puncak Borneo yang dirasmikan oleh TKPj Abd. Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Program ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Hakim Pelawat dan Ketua-ketua Kampung Sekitar Penjara Puncak Borneo. Program ini melibatkan seramai 10 orang penghuni yang telah dipilih untuk bersama bertemu mesra dengan keluarga tercinta secara bersemuka. Pelajar ?pelajar Sekolah Integriti juga memberi sumbangan dengan melibatkan diri di dalam persembahan untuk memeriahkan program tersebut. Program sebegini amat beerti di dalam membantu kelangsungan proses pemulihan yang ke atas penghuni.
""