13 Jun 2013, Khamis - Penjara Kajang telah menerima kunjungan peserta kursus Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) - Certificate In Juvenile and Rehabilitation anjuran Akademi Koreksional Malaysia (AKM) Langkawi yang ditaja oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama Wisma Putra. Peserta terdiri dari pelbagai negara antaranya Thailand, Indonesia, Filipina, Maldives, Papua New Guinea, Singapura, Brunei, Cambodia dan Solomon Island. Lawatan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta-peserta kursus sistem kepenjaraan di Malaysia yang memfokuskan kepada program pemulihan ke atas pesalah juvana.
Ketibaan delegasi lawatan telah disambut oleh PP Ranjit Singh A/L Gurdev Singh yang telah memberi penerangan sistem pengurusan penghuni di Penjara Kajang. Para peserta kursus telah dibawa melawat ke Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah Penjara Kajang dan Sekolah Integriti Penjara Kajang bagi melihat dengan lebih dekat perjalanan Program Pembangunan Insan (PPI) ke atas penghuni-penghuni penjara.
""