Pada 18 Jun 2013 Unit Program Pembangunan Insan ( PPI ) telah mengadakan Program Jalinan Kasih sempena Hari Ibu dan Bapa peringkat penghuni Penjara Pokok Sena yang diadakan di Dewan Pemulihan . Majlis dirasmikan oleh TKPj Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Pokok Sena. Seramai 13 orang penghuni telah menyertai program ini. Majlis dimeriahkan dengan acara memotong kek dan persembahan penghuni. Program ini telah mencapai objektifnya iaitu merapatkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang antara penghuni dan keluarga.
""