Pemantauan Program Khas Tahanan SOSMA di Penjara Tawau yang diketuai oleh Dato' Awang Din Bin Husain, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam serta seramai 11 orang pegawai dari Kementerian Dalam Negeri telah diadakan pada 12 hingga 14 Jun 2013. Turut hadir ialah TKPj Hj. Darussalam Bin Hj. Budin, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Pemulihan Dan Rawatan). Ketibaan rombongan disambut oleh Pengarah Penjara Tawau PKK Jamil Razif Bin Kassim. Taklimat program telah disampaikan oleh KIP John Kindasan selaku Ketua Unit Pemulihan Penjara Tawau.
""