12 jun 2013 - Unit Program Pembangunan Insan Penjara Pokok Sena telah menganjurkan program Ceramah Israk dan Mikraj Peringkat Penghuni yang melibatkan seramai 200 orang penghuni. Majlis ini telah dirasmikan oleh TPP Zulhafiza Bin Mohamed, Ketua Unit Program Pembangunan Insan Penjara Pokok Sena. Program ini bertujuan memberi pengetahuan tentang Isra dan Mikraj Rasulullah S.A.W dan mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Husam Bin Dato Syeikh Baderudin, Pegawai Agama Islam Negeri Kedah.
""