Selasa,18 Jun 2013 Penjara Wanita Kajang telah mengadakan Majlis Sambutan Isra' Dan Mikraj bersama penghuni dan kakitangan yang diadakan di Perkarangan Surau Penjara Wanita Kajang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Wanita Kajang PKK Jamilah Binti Abu Hasan dan turut hadiri oleh YBhg. Datin Hjh. Shakimah Binti Abdullah. Penceramah jemputan dari Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ustaz Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohammed Zabidi telah diundang bagi menyampaikan ceramah bertajuk "Cinta dalam Israj Mikraj".
""