Pada 18 Jun 2013 seramai 10 orang Ahli Lembaga Parol dan Urusetia Lembaga Parol 3, Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Y.A. Tuan Bhupindar Singh A/L Gurcharan Singh Preet telah mengadakan Program Outreach bersama Orang di Parol (ODP) ,majikan yang dianjurkan oleh Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Perlis. Antara aktiviti yang diadakan ialah lawatan ke tempat kerja Orang Di Parol (ODP) dan mengadakan perjumpaan dengan majikan ODP. Program ini diakhiri dengan lawatan kerja ke Pejabat Parol & Perkhidmatan Komunti Negeri Perlis.
""