Pada 14 Jun 2013, bertempat di Majlis Perbandaran Kamunting ,Institusi Tempat Tahanan Perlindungan Taiping telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Penganugerahan Anak Cemerlang zon utara 2. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Behormat Dato' Seri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua pengarah Penjara Malaysia dan Datin Hjh. Noraini Binti Man, Pengerusi Persiap Malaysia. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran pengarah-pengarah bahagian dan ketua-ketua institusi yang hadir ke Mesyuarat ketua-Ketua Institusi (MKKI) berlangsung dari 13 - 16 Jun 2013.
Ketibaan Ketua Pengarah Penjara disambut dengan persembahan seni silat serta tarian sebagai pembuka majlis pada malam tersebut. Majlis tersebut bertujuan bagi meraikan pesara-pesara Jabatan Penjara Malaysia serta meraikan anak-anak cemerlang di dalam peperiksaan. YB Dato' Seri menyampaikan cenderahati beserta sijil POA dan Sijil Penghargaan kepada semua pesara-pesara manakala Datin Seri menyampaikan cenderahati kepada ahli persiap iaitu isteri-isteri pesara dan anak-anak cemerlang.
""