| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Gawai dan Program Jalinan Kasih Hari Ibu dan Bapa Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sibu

26 Jun 2013 - Unit Program Pembangunan Insan(PPI) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Gawai dan Program Jalinan Kasih sempena hari Ibu dan Bapa peringkat penghuni Penjara Pusat Sibu bagi tahun 2013. Majlis telah dirasmikan oleh PP Mohamad Jusoh Bin Ismail dan telah disertai seramai 20 orang penghuni. Majlis dimeriahkan lagi dengan jemputan luar daripada badan berkanun, badan bukan kerajaan, penceramah-penceramah agama serta ahli keluarga banduan yang terlibat dengan Program Jalinan Kasih  hari Ibu dan Bapa. Pelbagai acara persembahan telah disampaikan oleh penghuni sepanjang  program berlangsung pada hari tersebut. Program ini telah mencapai objektifnya iaitu merapatkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang antara penghuni dan keluarga.

 

""