Pada 27 Jun 2013 (Khamis), jam 10.30 pagi telah berlangsungnya Taklimat Program Pendidikan Tinggi dengan kerjasama di antara Jabatan Penjara Malaysia bersama Open Universiti Malaysia yang diadakan Dewan Pemulihan Penjara Pokok Sena.
Taklimat ini telah di sampaikan oleh Profesor Yon Rosli Daud Pengarah Bahagian Pemasaran Open Universiti Malaysia kepada 100 orang penghuni Penjara Pokok Sena. Program sebegini dapat memberi peluang dan menarik minat kepada penghuni yang ingin melanjutkan Pengajian apabila dibebaskan kelak.
""