Kejohanan Olahraga Penjara-Penjara ASEAN kali Ke-18 (18th ASEAN Prisons Track & Field Championships 2013) telah diadakan pada 25 hingga 30 Jun 2013 di Stadium Hang Jebat, Melaka. Kejohanan dwi tahunan pada kali ini telah disertai oleh sebanyak lima buah Negara iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei Darussalam dan Malaysia selaku tuan rumah. Jabatan Penjara Malaysia telah menghantar seramai 87 orang pegawai dan atlet yang mengambil bahagian di dalam 45 acara yang telah dipertandingkan di ketuai oleh TKPj Mat Rasid bin Jahlil, Pengarah Penjara Kluang. Selain acara padang dan balapan Jabatan juga turut menghantar 8 orang pemain golf yang menyertai pertandingan golf yang diadakan bersempena dengan kejohanan ini. Penyertaan kontinjen Jabatan pada kejohanan kali ini telah membawa kenangan manis buat seluruh atlet yang mengambil bahagian apabila berjaya dinobatkan sebagai Juara dengan mengumpul sebanyak 468 mata. Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 27 Jun 2013 manakala perasmian penutupan pula oleh YAB Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka pada 29 Jun 2013. Majlis perasmian penutupan menyaksikan penyerahan bendera kejohanan daripada Ketua Menteri Melaka kepada Ibu Susy Susilawati, Sekretaris Dirjen Lembaga Pemasyarakatan Indonesia sebagai simbolik menandakan Indonesia pula akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Olahraga Penjara-Penjara ASEAN Kali Ke-19 pada tahun 2015.
Kedudukan Pungutan Pingat & Mata Kejohanan
Negara |
Emas |
Perak |
Gangsa |
Mata |
Malaysia |
7 |
17 |
14 |
468 |
Singapura |
12 |
8 |
13 |
400 |
Brunei |
7 |
10 |
9 |
351 |
Thailand |
6 |
7 |
9 |
248 |
Indonesia |
16 |
6 |
1 |
218 |
""