Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah berjaya mendapat Pensijilan Semula Amalan 5S pada 3 Julai 2013 (Rabu). Dua pegawai audit dari Malaysia Productitvity Corpaoration (MPC) dari Pejabat MPC Negeri Kelantan iaitu En. Mahadi Bin Hasbullah dan Puan Kartin Haslinda Binti Che Mat telah melaksanakan pengauditan amalan 5S di PPA Machang meliputi 8 zon iaitu Zon Matahari, Zon Dahlia, Zon Melor, Zon Tulip, Zon Mawar, Zon Orkid, Zon Teratai dan Zon Cempaka. Hasil daripada pengauditan tersebut pihak MPC telah berpuas hati dengan pelaksanaan amalan 5S yang dijalankan di PPA Machang dan mengesyorkan pensijilan semula amalan 5S di PPA Machang.
PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang mengucapkan tahniah dan penghargaan terima kasih kepada semua kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Machang diatas usaha yang telah dilaksanakan bagi mengekalkan pelaksanaan amalan 5S dan beliau berharap kecemerlangan ini diteruskan untuk masa akan datang.
""