Khamis: 04 Julai 2013, Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Kursus Tatacara Pengendalian Imam dan Bilal Solat Tarawih di Surau Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Kursus ini melibatkan 30 orang penghuni yang terpilih mewakili zon penempatan masing masing. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan, tatacara, adab dan berkongsi ilmu pengetahuan sempena menyambut bulan ramadhan al-mubarak yang bakal tiba. Program ini dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Salehudin Bin Abdul Aziz dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. Sepanjang kursus ini berlangsung penghuni telah diberi bimbingan dan ujian mengenai bacaan dan tertib semasa melakukan solat sunat terawih.
""