| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Sambil Belajar Pegawai dan Kakitangan Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam ke Kompleks Penjara Kota Kinabalu, Sabah

06 Julai 2013 (Sabtu) - Seramai 23 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam telah membuat lawatan sambil belajar ke Kompleks Penjara Kota Kinabalu, Sabah. Rombongan lawatan tersebut diketuai oleh Y.Bhg. Pengiran Omar Bin Pengiran Haji Osman, Ketua Pemulihan dan Seliaan, Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam. Menyambut ketibaan rombongan ialah TKPj. Ab Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah serta kakitangan Ibu Pejabat Penjara Sabah. Rombongan lawatan dibawa melawat sekitar Ibu Pejabat Penjara Sabah, Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sekolah Integriti Kota Kinabalu dan Pusat Jualan Produk Penjara Negeri Sabah. Pada sebelah malam, diadakan Majlis Makan Malam sempena program lawatan tersebut di Perkarangan Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah.

 

""