10 Julai 2013 Penjara Pusat Kota Kinabalu menerima kunjungan Prof Madya Yon Rosli bin Daud, Pengarah Pemasaran Open University Malaysia. Turut bersama ialah TKPj Hj. Darussalam bin Hj.Budin, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan Seksyen Pemulihan dan Rawatan, Tuan Hj. Mohamad Umbaik bin Ismail, Ketua Sektor Pendidikan. Lawatan ini bertujuan menyampaikan taklimat program pengajian yang ditawarkan oleh pihak Open University Malaysia kepada penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu yang mempunyai kelayakan dan berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda. Taklimat berlangsung di Mess Damai Penjara Pusat Kota Kinabalu.
""