Pada 14 Julai 2013 (Ahad), Penjara Kajang telah menerima program khidmat masyarakat daripada Rotary Club of Bandar Sunway yang telah memberikan rawatan pemeriksaan kesihatan terhadap banduan juvana yang mengalami jangkitan penyakit kulit (Scabies). Seramai 34 orang banduan yang terlibat telah menjalani pemeriksaan oleh doktor serta diberikan rawatan dan ubatan secara percuma yang turut dikendalikan oleh pihak Klinik Kesihatan Penjara Kajang.
Program ini diketuai oleh Richard D Ernest (Charter President) Rotary Club of Bandar Sunway yang diiringi oleh Penguasa Penjara Ranjit Singh a/l Gurdev Singh dan beberapa pegawai lain. Aktiviti ini merupakan program tahunan yang dijalankan oleh persatuan bagi membantu banduan juvana yang mengalami masalah kesihatan.
Pihak persatuan turut memberikan sumbangan berbentuk makanan ringan dan minuman kepada semua pelajar SIK sempena Bulan Ramadhan.
""