| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (Kik) Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2013

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2013 telah berlangsung pada 24 hingga 25 Jun 2013 bertempat di Dewan Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Penyertaan KIK peringkat jabatan pada tahun ini melibatkan 13 kumpulan yang telah berjaya mara daripada setiap peringkat zon. Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Penjara Malaysia Dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia pada 25 Jun 2013. Johan kategori teknikal disandang oleh Kumpulan Kristal daripada Sekolah Henry Gurney Keningau yang mengekalkan kejuaraan kali kedua berturut-turut. Naib johan disandang oleh Kumpulan Merpati daripada Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan. Tempat ketiga disandang oleh Kumpulan Steel daripada Pusat Koreksional Dungun. Manakala kategori pengurusan johan dimenangi oleh Kumpulan Inspira daripada Sekolah Henry Gurney Teluk Mas. Naib johan dimenangi oleh Kumpulan Mahogany daripada Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Tempat ketiga dimiliki oleh Kumpulan Palm- Pri daripada Penjara Tapah.

 

""