Unit Pemulihan dan Penilaian Tahanan, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan Program Kesejahteraan Psikologi Orang Tahanan Siri 5/2013 di Pusat Pemulihan Akhlak Machang pada 16 Julai 2013. Program ini adalah salah satu program berkala pemulihan bagi meningkatkan tahap pemulihan diri/rohaniah orang tahanan sebelum dibebaskan. Bersempena program ini, satu majlis berbuka puasa bersama Orang Tahanan. turut diadakan. Majlis ini turut dihadiri oleh PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang dan Y.Brs En. Omran Bin Omar, Timbalan Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri.
""