Majlis Berbuka Puasa Penghuni Penjara Pengkalan Chepa telah diadakan pada 21 Julai 2013 bertempat di Dataran Insaf, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Majlis ini disertai seramai 191 banduan yang melibatkan 155 banduan lelaki dan 36 banduan wanita dimeriahkan dengan kehadiran KPj Jamaluddin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh TKPj Ariffin bin Md Noor, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, PKK Hj. Zawari bin Abd. Rashid, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, PP Mat bin Yaacob, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan, Wakil-Wakil Jabatan Kerajaan dan Persekutuan, Ahli Lembaga Hakim Pelawat serta Pegawai-Pegawai Kanan, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
""