29 Julai 2013, Seramai 80 penghuni Pusat Koreksional Machang, Kelantan yang layak untuk membayar zakat pada tahun ini telah menunaikan tanggungjawab tersebut di bawah Program Kutipan Zakat Fitrah Penghuni yang diadakan di surau Al-Hidayah anjuran Unit Agama Islam, Pusat Koreksional Machang. Majlis disaksikan oleh PKP Rosdi bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Machang.
""