| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Memasak Bubur Lambuk 2013

Pada 28 Julai 2013, Institut Koreksional Malaysia telah terlibat dalam menjayakan Program Memasak Bubur Lambuk 2013 peringkat Dun Pantai Kundur. Program ini telah dijalankan  di Perkarangan Pentas Budaya Pantai Puteri. Seramai 400 peserta terlibat dalam menyediakan sebanyak 40 periuk bubur lambuk. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat gotong-royong antara masyarakat setempat. Selain itu, program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk dengan agensi kerajaan dan swasta yang terletak di Dun Pantai Kundur. Bubur lambuk yang disediakan telah diagihkan kepada rumah anak-anak yatim, penduduk miskin serta orang ramai di seluruh Dun Pantai Kundur. Turut hadir pada Program ini adalah Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundur, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim.

 

""