Pada 30 Julai 2013 telah berlangsung majlis Iftar Ramadan Peringkat Institusi Penjara Pokok Sena yang bertempat di perkarangan Surau Al-Abidin Penjara Pokok Sena. Turut hadir di majlis tersebut adalah Y.B Dato' Ahmad bin Lebai Sudin, ADUN Bukit Lada Pokok Sena, TKPj Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Pokok Sena, Pengarah dan wakil institusi Zon Utara, wakil Ahli Lembaga Hakim Pelawat dan pesara-pesara institusi serta kakitangan dan ahli keluarga. Majlis dimulakan dengan Khatam dan Tadarus Al-Quran oleh PERSIAP dan diikuti dengan majlis tahlil. Seterusnya, YB Dato? Ahmad menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi, Kuala Nerang Kedah.
""